Friday 9 October 2015

Tanggal 5 dan 6 Oktober.. semua sekolah d semenanjung kecuali Kelantan diarahkan tutup oleh KPM akibat jerebu y teruk melanda. tanpa membuang masa, aku terus merancang utk Perjalanan Habiskan Duit ni ke Lowyat. SV aku pesan, antara persediaan utk habiskan Phd nie, kena ada laptop. sebabkan, kalau sehari taip 1 muka surat. setaun dh 365 helai. ckup 3 tahun, dah dpt 1000 helai lebih.. tapi.. kalau tak ada laptop, sekadar daftar sbg pelajar PhD, pastu tunggu tempoh maksima mmg kena tendang la sbb tak menulis lansung.PhD nie, kena tulis, tulis la apa2 pun nanti idea tu akan datang. jangan tunggu idea datang baru nak tulis. memang tak siap la. hihihi. Okeh, cerita bab perjalanan aku ke lowyat. sebagai orang yang tak mahir sangat bab2 ICT.. aku beli laptop untuk basic user. boleh taip, buka internet untuk cari bahan, jadilah. harganya Rm1030. celeron duo core. nak tunggu beli laptop 8 core baru nak start menaip, simpan la duit gaji. mungkin lambat la sket start menulis.. hihihi Lagi 1.. alhamdulillah aku d kurniakan seorang isteri y bukan sahaja comel tapi sentiasa menyokong keputusan aku. so, bila aku cakap nak beli laptop, dia pun offer share 50~50. alhamdulillah dapat la cut cost sket. tapi.. kalau nak cut cost lagi.. pujuk la parent korang minta share lagi 50%.tapi.. kalau dah kahwin mampu, takkan nak beli laptop minta mak ayah share lak kan..pepandai lah..
Nielah Laptop baru aku.. Asus. Celeron dua core. yang sebelah tu, salesman kt Lowyat. Dari Bangladesh. bukan China. 8 tahun dah kerja kt Malaysia. gaji lumayan, bahasa mudah di kuasai dan rakyat Malaysia gemar berbelanja katanya lagi. Berkelulusan dalam ICT.. dan.. dah tentu lagi power tentang laptop dari aku...

Tuesday 29 September 2015

PhD pertama .. bermulalah segalanya

Pertama sekali, sebabkan aku baru buat blog nie, awai2 nie kebanyakan post akan d back datedkan sbb aku mula daftar sebagai pelajar PhD ialah pada 8 Sept 2015. Surat tawaran nie, aku dpt 29 Julai 2015. Sebenarnya, lepas habis M.Ed 2013, aku dh riki2 beberapa universiti. dan akhirnya aku terpaut dgn UPNM atas beberapa sebab. antaranya ialah UPNM tempoh minima pengajian PhD adalah 2 tahun berbanding IPT lain y meletakan tempoh minima 3tahun. kedua, yuran yang agak rendah dan syarat lulus PhD tak memerlukan pembentangan atau publish paper. Banyak IPTA lain mensyaratkan wajib bentang dan publish paper dlm jurnal berwasit. Okeh, cerita bab pendaftaran, aku ingatkan pendaftaran nie ada majlis meraikan siswazah grand2 mcm IPT lain. rupanya cuma ada dalam 8 orang calon PhD je utk pengambilan sem nie. 2 darinya PhD Sains Sukan. so, UPNM nie, pengambilan Pascasiswazah tak ramai sgt. yang daftar sama dengan aku nie, ada 3 orang pensyarah UPNM (yuran cuma 10%), 2 orang pegawai tentera dan sorang pegawai IPG Tawau (dapat HLP tuh) dan seorang lagi staff UPNM juga. Bagi kakitangan UPNM, yuran pengajian hanya 10% dari yuran keseluruhan. Pada tahun 2015, yuran pengajian bagi PhD sekitar RM15000 dan yuran sewaktu pendaftaran ialah RM2950.00. Tapi.. kalau cepat habis PhD, tak la bayar yuran buta-buta ja tiap2 sem (yuran berulang). dan aku harap sangat dapat habiskan pengajian ini mengikut tempoh yang telah di tetapkan (atau cepat sikit) hihihihi
Nielah surat tawaran aku. dekat nama tu, tetiba dakwat pen tertumpah.. habis dakwat hitam melekat. tu la PhD pertama aku iaitu Peh Habis Dakwat.

Salam Perkenalan Semua..

Salam Perkenalan dari seorang insan baru berjinak-jinak dgn dunia Blog nie. Asalnya, aku tak minat sgt nak berblog2 nie sbb tak reti sgt ICT nie. cumanya aku dah mulakan perjalanan dalam sebuah fasa baharu dlm kehidupan nie iaitu fasa mahasiswa. tujuan aku tulis blog nie adalah utk share idea dgn rakan2 seperjuangan sbg Mahasiswa Master & Phd dlm menyiapkan Tesis. kalau tak dpt share idea, dpt bg motivasi pun dh okeh rasanya.  selain itu, blog ini juga akan aku gunakan sbg catatan utk aku sepanjang bergelar mahasiswa buat kali terakhir. mana tau kot2 dh tua2 esok ada anak cucu tanya pasal perjalanan aku buat Phd, buleh la aku refer balik blog nie.. sekian, salam perkenalan.