Friday, 9 October 2015
Tanggal 5 dan 6 Oktober.. semua sekolah d semenanjung kecuali Kelantan diarahkan tutup oleh KPM akibat jerebu y teruk melanda. tanpa membuang masa, aku terus merancang utk Perjalanan Habiskan Duit ni ke Lowyat.
SV aku pesan, antara persediaan utk habiskan Phd nie, kena ada laptop. sebabkan, kalau sehari taip 1 muka surat. setaun dh 365 helai. ckup 3 tahun, dah dpt 1000 helai lebih.. tapi.. kalau tak ada laptop, sekadar daftar sbg pelajar PhD, pastu tunggu tempoh maksima mmg kena tendang la sbb tak menulis lansung.PhD nie, kena tulis, tulis la apa2 pun nanti idea tu akan datang. jangan tunggu idea datang baru nak tulis. memang tak siap la. hihihi.
Okeh, cerita bab perjalanan aku ke lowyat. sebagai orang yang tak mahir sangat bab2 ICT.. aku beli laptop untuk basic user. boleh taip, buka internet untuk cari bahan, jadilah. harganya Rm1030. celeron duo core. nak tunggu beli laptop 8 core baru nak start menaip, simpan la duit gaji. mungkin lambat la sket start menulis.. hihihi
Lagi 1.. alhamdulillah aku d kurniakan seorang isteri y bukan sahaja comel tapi sentiasa menyokong keputusan aku. so, bila aku cakap nak beli laptop, dia pun offer share 50~50. alhamdulillah dapat la cut cost sket. tapi.. kalau nak cut cost lagi.. pujuk la parent korang minta share lagi 50%.tapi.. kalau dah kahwin mampu, takkan nak beli laptop minta mak ayah share lak kan..pepandai lah..
Nielah Laptop baru aku.. Asus. Celeron dua core. yang sebelah tu, salesman kt Lowyat. Dari Bangladesh. bukan China. 8 tahun dah kerja kt Malaysia. gaji lumayan, bahasa mudah di kuasai dan rakyat Malaysia gemar berbelanja katanya lagi. Berkelulusan dalam ICT.. dan.. dah tentu lagi power tentang laptop dari aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment